Beberapa orang pelajar tingkatan 5 2016 telah terlibat dalam proses menyiapkan mural DrH2O pada dinding tangki tadahan air hujan. Mural tentang penjimatan air ini diharapkan dapat memberi suntikan positif kepada warga SETA agar sentiasa menjimatkan penggunaan air. Mural-mural akan ditambah baik lagi pada masa akan datang.
RIVER RANGER SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH
DrH2O - Water Conservation Programme "Play Your Part, Be Water Smart"
Monday, 6 February 2017
Friday, 13 January 2017
Paip pecah!
13 Januari 2017 (Jumaat)
Kerja-kerja membaiki paip yang pecah telah selesai dilaksanakan pada hari jumaat agar tidak mengganggu proses PdPc pada waktu persekolahan. Terima kasih kami ucapkan kepada PK HEM kami Puan Rohela yang memantau kerja-kerja pembaikan sehingga selesai.
Thursday, 5 January 2017
Taklimat DrH2O (Orientasi Tingkatan 1)
1 Januari 2017 (Ahad)
Pada hari pertama persekolahan, ahli DrH2O telah diberi peluang untuk memberi taklimat tentang Program Konservasi Air DrH2O yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016 semasa program orientasi tingkatan 1. Taklimat ini penting agar pelajar tingkatan 1 sedia maklum tentang program ini dan bersama-sama memberikan komitmen dalam usaha menjimatkan air di sekolah khususnya.
Semoga konservasi air dapat diteruskan lagi bagi tahun 2017 dan tahun-tahun mendatang serta memberi impak yang besar kepada kadar pengurangan air bersih di SETA..
Thursday, 17 November 2016
Water Play
13 November 2016 (Ahad)
Terima kasih juga kepada SETARIAN yang mendoakan kami!!!
2 orang guru bersama 20 orang ahli DrH20 SMK SETA telah menyertai acara Water Play yang diadakan di SMK Sultan Ismail. Acara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pembentangan Inisiatif Kreatif & Games.
GAMES
PEMBENTANGAN INISIATIF KREATIF
Alhamdulillah, SETA telah mendapat tempat ketiga bagi pembentangan inisiatif kreatif manakala saguhati bagi acara games. Banyak yang dipelajari daripada acara Water Play ini. Selain dapat belajar sambil bermain, kami juga dapat bertukar-tukar pendapat serta berkongsi inisiatif dengan sekolah-sekolah lain.
Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berusaha dan bertungkus lumus bagi menjayakan water play ini.
Terima kasih juga kepada SETARIAN yang mendoakan kami!!!
Thursday, 20 October 2016
Pameran & Perkongsian Daripada SAJ
16 Oktober 2016 (Ahad)
Pihak Syarikat Air Johor (SAJ) telah mengadakan pameran & perkongsian sempena Minggu Konservasi Air DrH2O SMK
SETA. Banyak aktiviti yang disediakan untuk warga sekolah bagi memupuk
kesedaran menggunakan air dengan bijak di samping permainan dan aktiviti yang
menarik. Alat yang digunakan untuk melakukan ujikaji kualiti air juga disediakan
bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang gambaran cara melakukan ujikaji
kualiti air seperti yang dijalankan di Loji Rawatan Air. Cara mengurangkan pengunaan
air dan pengiraan meter air juga ditunjukkan secara realistik menggunakan alatan sebenar. Selain itu, pelbagai soalan dikemukakan dalam sesi permainan roda air.
Semoga pameran & perkongsian ini memberikan suntikan positif kepada warga SETA dalam
mengurangkan penggunaan air bersih. Terima kasih kepada pihak SAJ yang menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan program kami ini.
Jangan lupa like fanpage SAJ iaitu Setitis YANG Bermakna ok!
Sunday, 16 October 2016
Pertandingan Melukis Poster DrH2O
4 Oktober 2016 (Selasa)
DrH2O SETA telah mengajurkan pertandingan melukis poster bertemakan penjimatan air sempena Minggu Konservasi Air. Diharap pertandingan ini dapat memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan air serta mencungkil lagi bakat yang ada dalam diri pelajar.
Saturday, 15 October 2016
Pertandingan Kuiz DrH2O
3 Oktober 2016 (Isnin)
Pertandingan Kuiz DrH2O telah dianjurkan sempena Minggu Konservasi Air SMK SETA. Setiap penyertaan perlu menghantar 2 orang peserta sebagai satu kumpulan. Soalan dipaparkan pada slaid power point dan dibacakan kepada para peserta. Peserta diberikan masa 20 saat untuk menjawab pada kertas yang disediakan. Selepas jawapan setiap kumpulan dikutip, jawapan sebenar akan dibincangkan. Pemenang dikira berdasarkan skor tertinggi. Semua soalan adalah berdasarkan pengetahuan am peserta tentang air.
Pertandingan Kuiz DrH2O telah dianjurkan sempena Minggu Konservasi Air SMK SETA. Setiap penyertaan perlu menghantar 2 orang peserta sebagai satu kumpulan. Soalan dipaparkan pada slaid power point dan dibacakan kepada para peserta. Peserta diberikan masa 20 saat untuk menjawab pada kertas yang disediakan. Selepas jawapan setiap kumpulan dikutip, jawapan sebenar akan dibincangkan. Pemenang dikira berdasarkan skor tertinggi. Semua soalan adalah berdasarkan pengetahuan am peserta tentang air.
Tahniah kepada semua peserta Kuiz DrH2O!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)