Skuad DrH2O bersama ahli Kelab Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Kelab Tunas Bestari bagi menjalankan projek pembuatan cecair EM (Effective Microorganisms). Air tadahan hujan yang telah disimpan akan digunakan bagi penghasilan cecair EM ini, bagi menggantikan penggunaan air paip (air paip juga boleh digunakan tetapi perlu dibiarkan terbuka bagi menghilangkan klorin sebelum digunakan).
Khidmat nasihat daripada Encik Mohd. Shahrul Fitri
(J-bio Ecogreen Sdn. Bhd.)
Membeli EM inoculant daripada J-bio Ecogreen Sdn. Bhd.
Air tadahan hujan digunakan sebanyak 18 bahagian
1 bahagian EM inoculant
1 bahagian Molasses
EM dibancuh rata
Cecair EM yang telah siap dibotolkan disusun di Kioks EM
Di dalam larutan EM terdapat mikrob iaitu Bakteria Asid Laktik, Bakteria Fototropik dan Yeast yang secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanfaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan bermacam-macam antioksida.
Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang membantu meningkatkan sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bermanafaat.
Antara faedah penggunaan EM ialah:
1. Menyuburkan tanaman
2. Menghilangkan bau pada air mandian, tandas dan tempat najis binatang
3. Pembasmi kuman
4. Menghalang pertumbuhan kulat dan lumut
5. Digunakan untuk mencuci lantai atau kereta agar bertambah bersih
1. Menyuburkan tanaman
2. Menghilangkan bau pada air mandian, tandas dan tempat najis binatang
3. Pembasmi kuman
4. Menghalang pertumbuhan kulat dan lumut
5. Digunakan untuk mencuci lantai atau kereta agar bertambah bersih