Thursday, 29 September 2016

Kempen SETA Cegah ZIKA

24 September 2016 (Sabtu)

Berikutan beberapa kes berkaitan virus Zika di Malaysia, SMK SETA di bawah unit HEM & Kokurikulum mengambil inisiatif untuk melakukan gotong royong bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk Aedes dibanteras. Skuad DrH2O juga mengambil bahagian dalam gotong royong ini.










Tempat-tempat takungan air, tangki tadahan hujan dan longkang dibersihkan bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk. Tangki tadahan air hujan juga diletakkan Abate bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk. Selain itu, longkang dibersihkan menggunakan cecair EM bagi menghilangkan minyak dan membersihkan kotoran yang melekat di dinding longkang.

Semoga usaha kita ini diberkati Tuhan dan semoga kita semua selamat daripada virus Zika atau penyakit-penyakit lain..Jagalah kebersihan, anda mampu mengubahnya!

Sunday, 11 September 2016

Re-Educate 7 - Hidden Water

5 September 2016 (Isnin)

Ayu Natasya Binti Mohd. Piaman
Nurul Aisyah Binti Zainurin

Re-Educate kali ini ialah untuk menyedarkan semua warga SETA tentang air tersembunyi yang diperlukan untuk menghasilkan beberapa produk seperti secawan kopi (209.5 liter), sepasang seluar jeans (6800 liter) dan lain-lain. 

Kami juga menerangkan mengapa Buletin DrH2O dicetak separuh daripada saiz A4 sebelum ini setelah menyedari banyak juga air yang diperlukan untuk menghasilkan kertas (1 tan kertas = 47 300 liter air). 



Diharap semua warga SETA lebih berjimat dalam menggunakan air kerana bukan air nyata sahaja yang perlu diambil kira tetapi air tersembunyi juga. Jom jimat, anda mampu mengubahnya!

Monday, 5 September 2016

Papan Kenyataan DrH2O

30 Ogos 2016 (Selasa)


Kami telah melengkapkan satu papan kenyataan sebagai medium bagi penyampaian maklumat berkaitan penjimatan air. 

Sebelum

Kami juga telah menyediakan graf yang menunjukkan peratus penggunaan air di sekolah bagi tahun 2016. Graf tersebut akan dikemaskini setiap bulan bagi menunjukkan perubahan penggunaan air yang berlaku. Kami juga menampal risalah-risalah mengenai cara penjimatan dan kepentingan penjimatan air dan menghias papan kenyataan dengan fakta-fakta penting mengenai air. Kami berharap agar usaha kami ini memberi sedikit kesedaran kepada warga sekolah seterusnya menjadi pengguna air yang bijak.


Selepas

Friday, 2 September 2016

Kem Kesedaran Alam Sekitar 2016

12 - 14 Ogos 2016 (Jumaat - Ahad)

Seramai 4 orang ahli Kelab Alam Sekitar (Skuad DrH2O) telah menyertai Kem Kesedaran Alam Sekitar - Rakan Saintis Sungai anjuran Chemical Company of Malaysia (CCM) & Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Taman Negara Gunung Ledang. 





Pelbagai aktiviti telah disertai dan fokus kem ini adalah kepada kesedaran menjaga alam sekitar terutamanya sungai yang merupakan sumber utama air bersih kita.


Sungai - Peranan & Cabaran daripada Pn. Nurliza (JPS)



Kualiti Air (SAJ)


Ujikaji kualiti air (parameter suhu, pH, BOD, kekeruhan) - SAJ


Pengawasan Kualiti Air daripada En. Saiful Amri (JAS)


Nature Walk




Semoga segala ilmu & pengalaman yang dikongsikan sepanjang kem ini dapat kami sebar luaskan kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Lepas ni, boleh la kami uji kualiti air sungai SETA pulak..