Thursday, 20 October 2016

Pameran & Perkongsian Daripada SAJ

16 Oktober 2016 (Ahad)


Pihak Syarikat Air Johor (SAJ) telah mengadakan pameran & perkongsian sempena Minggu Konservasi Air DrH2O SMK SETA. Banyak aktiviti yang disediakan untuk warga sekolah bagi memupuk kesedaran menggunakan air dengan bijak di samping permainan dan aktiviti yang menarik. Alat yang digunakan untuk melakukan ujikaji kualiti air juga disediakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang gambaran cara melakukan ujikaji kualiti air seperti yang dijalankan di Loji Rawatan Air. Cara mengurangkan pengunaan air dan pengiraan meter air juga ditunjukkan secara realistik menggunakan alatan sebenar. Selain itu, pelbagai soalan dikemukakan dalam sesi permainan roda air. 











Semoga pameran & perkongsian ini memberikan suntikan positif kepada warga SETA dalam mengurangkan penggunaan air bersih. Terima kasih kepada pihak SAJ yang menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan program kami ini. 

Jangan lupa like fanpage SAJ iaitu Setitis YANG Bermakna ok!

Sunday, 16 October 2016

Pertandingan Melukis Poster DrH2O

4 Oktober 2016 (Selasa)

DrH2O SETA telah mengajurkan pertandingan melukis poster bertemakan penjimatan air sempena Minggu Konservasi Air. Diharap pertandingan ini dapat memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan air serta mencungkil lagi bakat yang ada dalam diri pelajar.









Terima kasih kepada peserta yang menyertai pertandingan dan tahniah kepada pemenang. Kepada peserta yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana penyertaan anda sangat2 kami hargai =D

Saturday, 15 October 2016

Pertandingan Kuiz DrH2O

3 Oktober 2016 (Isnin)

Pertandingan Kuiz DrH2O telah dianjurkan sempena Minggu Konservasi Air SMK SETA. Setiap penyertaan perlu menghantar 2 orang peserta sebagai satu kumpulan. Soalan dipaparkan pada slaid power point dan dibacakan kepada para peserta. Peserta diberikan masa 20 saat untuk menjawab pada kertas yang disediakan. Selepas jawapan setiap kumpulan dikutip, jawapan sebenar akan dibincangkan. Pemenang dikira berdasarkan skor tertinggi. Semua soalan adalah berdasarkan pengetahuan am peserta tentang air.





Tahniah kepada semua peserta Kuiz DrH2O!!!

Wednesday, 5 October 2016

Audit Air 2

28 September 2016 (Rabu)

Sebelum memulakan audit air kali ke-2 ini, kami diberikan sedikit penerangan tentang tahap penggunaan air bagi audit air yang pertama dan apa yang akan dibuat untuk audit air kali ke-2 ini. Jumlah penggunaan air bagi audit pertama dan ke-2 akan dibandingkan bagi melihat tahap penggunaan air selepas inisiatif dilakukan.














Berdasarkan audit air yang telah dijalankan, didapati terdapat sedikit penurunan dalam masa yang diambil untuk membasuh tangan di kantin dan tandas, jumlah air yang digunakan dalam tangki flush (selepas ditolak 1.5 liter air - inisiatif Projek Sistem Pengepaman Jimat), dan masa yang diambil untuk membasuh alat radas di dalam makmal. 

Terima kasih diucapkan kepada pihak GES yang sudi datang ke sekolah kami untuk membantu kami menjalankan audit air yang ke-2 ini. 

Tugas seterusnya ialah untuk memberi kesedaran kepada setiap warga SETA untuk mengamalkan sikap menggunakan air berpada-pada sesuai dengan keperluan sahaja. 

Sunday, 2 October 2016

Re-Educate 8 - Virus Zika

28 September 2016 (Rabu)

Nurnajwa Binti Zaide
Nur Yasmin Imanina Binti Mazlan

Re-Educate kali ini memberi fokus kepada virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Jadi amat penting bagi pelajar untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan memastikan tiada tempat takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bahaya virus zika, simptom dan kesannya kepada wanita mengandung juga dibincangkan.