DrH2O - Water Conservation Programme "Play Your Part, Be Water Smart"
Friday, 22 April 2016
Thursday, 21 April 2016
Audit Air 1
13 April 2016 (Rabu)
Pihak GEC telah datang ke sekolah kami untuk sama-sama melakukan audit air 1 bagi mengenal pasti penggunaan air di SMK SETA secara keseluruhan. Kawasan yang difokuskan untuk audit air 1 ini adalah tandas, kantin, taman-taman, makmal dan surau.
Warga SETA mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian daripada pihak GEC.. Semoga program ini terlaksana dengan jayanya dan objektifnya iaitu untuk memupuk kesedaran warga sekolah berkaitan penjimatan air tercapai =)
Pihak GEC telah datang ke sekolah kami untuk sama-sama melakukan audit air 1 bagi mengenal pasti penggunaan air di SMK SETA secara keseluruhan. Kawasan yang difokuskan untuk audit air 1 ini adalah tandas, kantin, taman-taman, makmal dan surau.
Taklimat ringkas daripada pihak GEC sebelum Audit Air dijalankan |
Penerangan tentang cara menentukan jumlah penggunaan air di sinki kantin |
Pelajar mengambil jumlah masa yang diambil semasa membasuh tangan |
Penerangan tentang penggunaan air di taman |
Menentukan jumlah penggunaan air di makmal |
Menentukan jumlah penggunaan air di surau |
Alhamdulillah selesai sudah... |
Tuesday, 19 April 2016
Water Mappping
28 Mac 2016 (Isnin)
Kami telah menjalankan pemetaan air (water mapping) di sekolah kami pada 28 Mac yang lalu bagi mengenal pasti saluran air masuk dan keluar, pemeriksaan kebocoran serta bersama-sama memikirkan inisiatif yang dapat dilakukan untuk menjimatkan pengggunaan air di sekolah.

Mengenal pasti punca kebocoran |
Water mapping di Blok C |
Mengenal pasti paip keluar |
Tangki septik |
Water mapping di Blok F |
Gutter yang didapati telah mengalami kerosakan |
Melabel semua hasil pemetaan air pada pelan sekolah |
Monday, 18 April 2016
Training of Trainers (TOT)
Pada 19 & 20 Mac yang lepas, kami telah menyertai TOT bagi Program Konservasi Air sekolah-sekolah di Johor. Seramai 2 orang guru dan 10 orang pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Alam Sekitar telah menyertai program ini.
19 MAC 2016 (Sabtu)
MODUL 1 – AIR UNTUK KEHIDUPAN
Meliputi pengetahuan tentang sumber utama air, jumlah
penggunaan air, pengumpulan dan agihan air, serta proses rawatan air mentah di
Malaysia.
MODUL 2 – KEGUNAAN AIR & CABARAN-CABARAN
Meliputi pengetahuan tentang kualiti air di Malaysia,
penggunaan air per kapita sehari, serta isu-isu berkaitan air.
MODUL 3 – PENGURUSAN SUMBER AIR
Meliputi pengetahuan tentang pengurusan sumber air di
Malaysia, Water Footprint, serta pengurusan air kumbahan.
MODUL 4 - AUDIT AIR
· Kaedah untuk memahami penggunaan dan pengurusan air di sesuatu kawasan.
Terdapat 3 aspek
berlainan dalam audit air:
- Kuantiti air
- Kualiti air
- Pemetaan air
AIR TERSEMBUNYI / HIDDEN WATER
· Mengenal pasti jumlah
air yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk dalam unit meter padu
20 MAC 2016 (Ahad)
KERJA LAPANGAN & LAWATAN
Lawatan Loji Rawatan Air - Gunung Pulai
Subscribe to:
Posts (Atom)