Monday, 18 April 2016

Training of Trainers (TOT)

Pada 19 & 20 Mac yang lepas, kami telah menyertai TOT bagi Program Konservasi Air sekolah-sekolah di Johor. Seramai 2 orang guru dan 10 orang pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Alam Sekitar telah menyertai program ini.

19 MAC 2016 (Sabtu)

MODUL 1 – AIR UNTUK KEHIDUPAN
Meliputi pengetahuan tentang sumber utama air, jumlah penggunaan air, pengumpulan dan agihan air, serta proses rawatan air mentah di Malaysia.

MODUL 2 – KEGUNAAN AIR & CABARAN-CABARAN
Meliputi pengetahuan tentang kualiti air di Malaysia, penggunaan air per kapita sehari, serta isu-isu berkaitan air.


MODUL 3 – PENGURUSAN SUMBER AIR
Meliputi pengetahuan tentang pengurusan sumber air di Malaysia, Water Footprint, serta pengurusan air kumbahan.

MODUL 4 - AUDIT AIR
·    Kaedah untuk memahami penggunaan dan pengurusan air di sesuatu kawasan.
Terdapat 3 aspek berlainan dalam audit air:

  • Kuantiti air
  • Kualiti air
  • Pemetaan air

AIR TERSEMBUNYI / HIDDEN WATER
·   Mengenal pasti jumlah air yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk dalam unit meter padu





20 MAC 2016 (Ahad)
KERJA LAPANGAN & LAWATAN

Lawatan Loji Rawatan Air - Gunung Pulai


      

Lawatan Loji Kumbahan -Taman Pulai Hijauan


No comments:

Post a Comment