Saturday, 11 June 2016

Sistem Pengepaman Jimat (Botol Dalam Tangki Curahan)

18 Mei 2016 (Rabu)

Sebanyak 21 tangki curahan (flush tank) telah dikenal pasti di sekitar sekolah kami. Jadi kami telah menyediakan 42 botol 500ml untuk diisi dengan pasir untuk diletakkan ke dalam setiap tangki yang ada.

1) Proses memasukkan pasir ke dalam botol




2) Berat dua botol yang ditimbang sebelum dimasukkan ke dalam tangki ialah 1.5 kg = 1500 gram


3) Semua botol yang telah siap dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing berdasarkan kawasan yang telah ditentukan




 4) Dua biji botol berisi pasir dimasukkan ke dalam tangki curahan 




Alhamdulillah..selesai juga projek inisiatif kami yang pertama walaupun tertunda beberapa kali sebab semuanya sibuk dengan exam.

Jadi jumlah air yang telah disesarkan atau dapat dijimatkan untuk 1 tangki ialah 1500ml (1500g = 1500ml). Secara keseluruhan, jumlah anggaran air yang dapat dijimatkan untuk 21 tangki ialah 21 x 1500ml = 31500ml atau 31.5 liter. 

Wah banyak juga tu =O. Itu baru untuk sekali flush, agak2 berapa kali warga SETA flush dalam sehari ye? Usaha yang nampak kecil tapi sebenarnya memberi impak yang besar. Jom jimat! Anda mampu mengubahnya...

No comments:

Post a Comment