Wednesday, 27 July 2016

Projek Sistem Penuaian Air Hujan

21 Julai 2016 (Khamis)

Kami telah menambah baik tangki tadahan air hujan yang sedia ada kerana tangki yang lama tidak dapat menakung air hujan secara maksimum kerana tidak mempunyai saluran air khas untuk mengalirkan air hujan. Tangki tersebut juga tidak diselia dengan baik dan akhirnya terbiar begitu sahaja.




Tangki penuaian air hujan ini berfungsi sebagai bekalan air untuk kegunaan di mencuci tandas, mencuci lantai kantin, menyiram kebun, pembuatan cecair EM dan lain-lain kegunaan yang sesuai. Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan boleh memberi kesan yang baik iaitu dapat menjimatkan penggunaan air bersih seterusnya mengurangkan penggunaan air. Gunakan air dengan bijak, anda mampu mengubahnya!

Tuesday, 26 July 2016

Re-educate 3 - Kesan-Kesan Pembaziran Air

25 Julai 2016 (Isnin)

NORAMYLIA BINTI KHAIRUL AZHAR NEO
IZAAZ AFZA BINTI ROSLEE


Skuad DrH2O kali ini membawakan topik kesan-kesan pembaziran air terhadap hidupan dan krisis air yang dihadapi oleh manusia khususnya di Johor bagi memberi kesedaran kepada semua bahawa krisis air akan berlarutan jika pembaziran terus berlaku.




Thursday, 21 July 2016

Re-educate 2 - Langkah-Langkah Penjimatan Air

18 Julai 2016 (Isnin)


EVIANIE BINGAK EDWARD
PUTRI SOFYA AMYRAH BINTI ABD RAHMAN

Dua orang skuad DrH2O telah meneruskan lagi program Re-educate 2. Kami berkongsi tentang langkah-langkah penjimatan air di tandas, bilik mandi, semasa mencuci pakaian, mencuci kereta dan sebagainya. Kami berharap agar perkongsian kali ini memberi kesedaran kepada warga SETA agar memilih cara yang lebih bijak bagi menjimatkan air. Jom jimat!





Monday, 18 July 2016

Pemasangan "Water Saving Gadget"

17 Julai 2016 (Ahad)

Kami telah membeli "Water Saving Gadget" dan memasang semua kepala paip dengan alat tersebut. Fungsi nya ialah untuk mengurangkan kadar aliran air yang keluar seterusnya mengurangkan penggunaan air bersih. Walaupun kadar aliran air rendah namun pancuran air yang keluar masih banyak. 

Memborong "Water saving gadget" di DIY
Di tandas pelajar
Di surau

Di tandas guru
Di kantin


Beberapa maklum balas positif telah diterima daripada warga SETA yang turut teruja dengan penggunaan gajet ini. Kebanyakannya ingin menggunakan gajet ini di rumah masing-masing sebagai langkah penjimatan air. Skuad DrH2O akan membuka tempahan untuk gajet ini bagi warga SETA yang berminat. 

Apa salahnya melabur sedikit sekarang demi kelestarian masa hadapan. Betul tak?

Thursday, 14 July 2016

Perbincangan Projek DrH2O

14 Julai 2016 (Khamis)

Kami telah mengadakan perbincangan tentang projek DrH2O bersama Dr.K. Kalithasan (GEC) di pejabat GES semalam. Tujuan perbincangan ini diadakan ialah bagi melihat sejauh mana projek inisiatif sekolah berjalan serta membincangkan masalah atau kekeliruan yang dihadapi oleh SETA. 



Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada pihak GEC dan GES terutamanya Dr. Kali atas perkongsian dan sokongan yang diberikan kepada SETA. Semoga tujuan, matlamat serta impian SETA bagi memberi kesedaran tentang penjimatan air ini tercapai. Akhir kata, doakan kami!

p/s: Terima kasih jugak kami ucapkan sebab sediakan dodol semalam, sempena mood syawal ni hehe..SELAMAT HARI RAYA SEMUA =)

Wednesday, 13 July 2016

Setitis Yang Bermakna

11 Julai 2016 (Isnin)

Kami telah menjalankan projek kami yang seterusnya iaitu air kitar semula daripada alat pendingin hawa di belakang Blok A. Air tersebut menitis, tidak ditadah dengan baik dan tiada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan air tadahan tersebut seterusnya air tadahan dibazirkan begitu sahaja. Kami telah membina sistem pengairan titis dan air sisa daripada alat pendingin hawa boleh digunakan untuk menyiram tumbuhan yang berdekatan, seterusnya mengurangkan penggunaan air bersih untuk menyiram.

 SEBELUM : Air sisa terbiar menitis ke longkang









Walaupun projek ini tidak memberi impak yang besar dalam pengurangan penggunaan air, sekurang-kurangnya kami lega kerana air ini tidak lagi dibiarkan menitis ke longkang, sesuai dengan nama projek kami iaitu "Setitis Yang Bermakna" =)