Monday, 18 July 2016

Pemasangan "Water Saving Gadget"

17 Julai 2016 (Ahad)

Kami telah membeli "Water Saving Gadget" dan memasang semua kepala paip dengan alat tersebut. Fungsi nya ialah untuk mengurangkan kadar aliran air yang keluar seterusnya mengurangkan penggunaan air bersih. Walaupun kadar aliran air rendah namun pancuran air yang keluar masih banyak. 

Memborong "Water saving gadget" di DIY
Di tandas pelajar
Di surau

Di tandas guru
Di kantin


Beberapa maklum balas positif telah diterima daripada warga SETA yang turut teruja dengan penggunaan gajet ini. Kebanyakannya ingin menggunakan gajet ini di rumah masing-masing sebagai langkah penjimatan air. Skuad DrH2O akan membuka tempahan untuk gajet ini bagi warga SETA yang berminat. 

Apa salahnya melabur sedikit sekarang demi kelestarian masa hadapan. Betul tak?

2 comments:

  1. Tahniah! Teruskan usaha dalam menjimatkan penggunaan air. Teruskan update aktiviti DRH2O untuk pemantauan kami (Global Environment Centre)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik Dhiya & GEC team.. keep supporting us ok!

      Delete